PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI DAN VOKASIOANAL
Pusat Latihan Teknologi dan
Vokasional menawarkan kursus-kursus kemahiran yang telah ditauliahkan oleh
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Suruhanjaya Tenaga dan program pembiayaan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIBD).
Melalui pertauliahan dari agensi dan
badan-badan kerajaan tertentu, Pusat Latihan Teknologi dan Vokasional bertanggunjawab
untuk mempertingkatkan kemahiran di kalangan belia dan pekerja industri supaya
mereka mahir dan berkepakaran untuk menyumbang ke arah peningkatan daya saing
industri semasa berdasarkan standard yang telah ditetapkan.
Pusat Latihan Teknologi dan
Vokasional berazam untuk melahirkan pelajar dan pekerja industri yang kompeten,
berketerampilan, produktif, berkualiti, cekap dan ekonomik kepada industri
pekerjaan yang berasaskan kemahiran.
Matlamat Pusat Latihan Teknologi dan Vokasional
- Melahirkan lebih ramai pekerja
tempatan mahir dan separuh mahir bagi mengurangkan kebergantungan negara
kepada tenaga kerja asing.
- Melahirkan tenaga kerja mahir
yang produktif, mempunyai kesedaran terhadap keselamatan, berorentasikan
kualiti dan cekap bagi memenuhi keperluan industri pembinaan yang semakin
pesat berubah.
- Menyediakan peluang kepada
pekerja mahir untuk mempertingkatkan tahap kemahiran mereka dari masa ke
semasa.
- Menyokong industri mencapai
daya saing dengan menyediakan tenaga mahir yang mempunyai tahap kemahiran
sewajarnya bagi mengendalikan teknologi yang semakin canggih.
Kelebihan Pusat Latihan Teknologi dan Vokasional KYM
- Mempunyai tenaga pengajar yang
berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang yang berkaitan.
- Mendapat pengiktirafan dari
industri seperti Syarikat Yamaha DRB Hicom, syarikat kontraktor dan firma
arkitek.
- Tempat latihan yang
berorentasiakan industri dan ruang kuliah berhawa dingin.
- Pusat latihan bertauliah CIDB
Tunggal di Melaka yang menawarkan kursus-kursus latihan belia dan
personel.
- Memberi peluang kepada pekerja
mahir industri mempertingkatkan kepakaran melalui pengiktirafan persijilan
kemahiran.
- Dengan mempunyai sijil kompetan
yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga memberi peluang menjadi usahawan
syarikat kontraktor dan berpeluang mendapat kontrak dari badan-badan
kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan