Halaman

Khamis, 3 April 2014

Siapa Ar Hijjas Kasturi?

Ar. Hijjas Kasturi nama yang tidak asing lagi dalam bidang senibina.Merupakan pengiat senibina yang berprestij namun kejayaan beliau bukan mudah dikecapi dan memerlukan ketabahan yang tinggi sehingga beliau berjaya ke tahap ini.
Beliau bermula dalam bidang senibina dengan mengambil kursus senibina di International Correspondence School.Kemudian melanjutkan pengajian di Adelaide University dan seterusnya ke Melbourne University, Australia.
Sekembali ke Malaysia pada tahun 1967,beliau telah memilki kemahiran tersendiri dan menerajui bidang arkitek negara.

Antara bangunan yang mendapat sentuhan senibina beliau :
- Ibu Pejabat Suruhanjaya Sekeruti
- Menara Lion
- Pusat Konvensyen Putrajaya
- Bangunan Tabung Haji
- Hotel Nikko di Kuala Lumpur
- Pusat Membeli Belah Lot 10

                                 Bangunan Tabung Haji

Semoga kejayaan beliau menjadi sandaran kepada semua yang bergiat dalam bidang senibina.
psssttt : kepada ex student KYM bakal mengikut jejak beliau satu hari nanti..
             Usaha Tangga Kejayaan...

Rabu, 2 April 2014


PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI DAN VOKASIOANAL

Pusat Latihan Teknologi dan Vokasional menawarkan kursus-kursus kemahiran yang telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Suruhanjaya Tenaga dan program pembiayaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIBD).

Melalui pertauliahan dari agensi dan badan-badan kerajaan tertentu, Pusat Latihan Teknologi dan Vokasional bertanggunjawab untuk mempertingkatkan kemahiran di kalangan belia dan pekerja industri supaya mereka mahir dan berkepakaran untuk menyumbang ke arah peningkatan daya saing industri semasa berdasarkan standard yang telah ditetapkan.

Pusat Latihan Teknologi dan Vokasional berazam untuk melahirkan pelajar dan pekerja industri yang kompeten, berketerampilan, produktif, berkualiti, cekap dan ekonomik kepada industri pekerjaan yang berasaskan kemahiran.

Matlamat Pusat Latihan Teknologi dan Vokasional

  • Melahirkan lebih ramai pekerja tempatan mahir dan separuh mahir bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada tenaga kerja asing.
  • Melahirkan tenaga kerja mahir yang produktif, mempunyai kesedaran terhadap keselamatan, berorentasikan kualiti dan cekap bagi memenuhi keperluan industri pembinaan yang semakin pesat berubah.
  • Menyediakan peluang kepada pekerja mahir untuk mempertingkatkan tahap kemahiran mereka dari masa ke semasa.
  • Menyokong industri mencapai daya saing dengan menyediakan tenaga mahir yang mempunyai tahap kemahiran sewajarnya bagi mengendalikan teknologi yang semakin canggih.

Kelebihan Pusat Latihan Teknologi dan Vokasional KYM

  • Mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang yang berkaitan.
  • Mendapat pengiktirafan dari industri seperti Syarikat Yamaha DRB Hicom, syarikat kontraktor dan firma arkitek.
  • Tempat latihan yang berorentasiakan industri dan ruang kuliah berhawa dingin.
  • Pusat latihan bertauliah CIDB Tunggal di Melaka yang menawarkan kursus-kursus latihan belia dan personel.
  • Memberi peluang kepada pekerja mahir industri mempertingkatkan kepakaran melalui pengiktirafan persijilan kemahiran.
  • Dengan mempunyai sijil kompetan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga memberi peluang menjadi usahawan syarikat kontraktor dan berpeluang mendapat kontrak dari badan-badan kerajaan.