Halaman

Khamis, 29 Oktober 2015

ICYM menjadi pilihan Efa melanjutkan pelajaran

Melaka : Biarpun jarak memisahkan Kepulauan Borneo dan Semenanjung Malaysia tidak menjadi penghalang bagi anak kelahiran Tawau,Sabah ini untuk melanjutkan pelajaran ke International Colege of Yayasan Melaka.Pemilik diri  Amy Efalani bt. Hamrey 20 amat teruja datang ke ICYM biar pun berpisah dengan keluarga.

Pelajar tahun kedua dalam bidang Pelukis Pelan Senibina tahap 3 ini merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik berkata " bidang senibina memang menjadi pilihan dihati semenjak sekolah menengah lagi".
Selepas mendapat tawaran dari ICYM pada 2014 atas dorongan ibubapa beliau terus tidak menoleh kebelakang untuk melanjutkan pelajaran dalam
bidang senibina kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Balung
ini.Keterujaan beliau dalam bidang senibina sentiasa menjadi ilham
dalam cita-citanya untuk menjadi salah satu tenaga mahir dalam
bidang pembinaan.
Pelajar Pelukis Pelan Senibina ini berkata "jarak bukan menjadi penghalang saya untuk mengejar cita-cita"."Biarpun jarak dengan keluarga sangat jauh,ia menjadi inspirasi yang kuat untuk berjaya dalam membina kerjaya saya"."Dengan fasiliti ICYM yang lengkap,pilihan ICYM untuk melanjutkan pelajaran adalah tepat bagi saya".Kata Amy Efalani bt. Hamrey yang  menjadikan Hijjas Kasturi sebagai idolanya.
Efa bangga melanjutkan pelajaran di ICYM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan