Halaman

Khamis, 29 Oktober 2015

ICYM menjadi pilihan Efa melanjutkan pelajaran

Melaka : Biarpun jarak memisahkan Kepulauan Borneo dan Semenanjung Malaysia tidak menjadi penghalang bagi anak kelahiran Tawau,Sabah ini untuk melanjutkan pelajaran ke International Colege of Yayasan Melaka.Pemilik diri  Amy Efalani bt. Hamrey 20 amat teruja datang ke ICYM biar pun berpisah dengan keluarga.

Pelajar tahun kedua dalam bidang Pelukis Pelan Senibina tahap 3 ini merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik berkata " bidang senibina memang menjadi pilihan dihati semenjak sekolah menengah lagi".
Selepas mendapat tawaran dari ICYM pada 2014 atas dorongan ibubapa beliau terus tidak menoleh kebelakang untuk melanjutkan pelajaran dalam
bidang senibina kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Balung
ini.Keterujaan beliau dalam bidang senibina sentiasa menjadi ilham
dalam cita-citanya untuk menjadi salah satu tenaga mahir dalam
bidang pembinaan.
Pelajar Pelukis Pelan Senibina ini berkata "jarak bukan menjadi penghalang saya untuk mengejar cita-cita"."Biarpun jarak dengan keluarga sangat jauh,ia menjadi inspirasi yang kuat untuk berjaya dalam membina kerjaya saya"."Dengan fasiliti ICYM yang lengkap,pilihan ICYM untuk melanjutkan pelajaran adalah tepat bagi saya".Kata Amy Efalani bt. Hamrey yang  menjadikan Hijjas Kasturi sebagai idolanya.
Efa bangga melanjutkan pelajaran di ICYM

Selasa, 27 Oktober 2015

Pelajar KAYM membantu Melaka johan futsal Karnival Permainan Pendidikan Khas Kebangsaan

Melaka : Pelajar KAYM yang mewakili pasukan Melaka mencatat sejarah johan futsal peringkat kebangsaan sempena Karnival Pendidikan Khas yang berlangsung di Kuantan,Pahang baru-baru ini.
Empat pelajar yang terpilih untuk mewakili Melaka Mohd Aidzuan bin Roslan,Mohd Sabri bin Juhari,Zulhaizad bin Zainudin dan Fazi Izhlam itu masih menuntut di KAYM.Ini secara langsung membanggakan KAYM yang dapat membantu pasukan Melaka johan dalam kategori futsal.  

                                                Pasukan futsal Melaka

   Ketua Pegawai Operasi KYM STES En.Azmi Idris berkata,"Pihak beliau sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam membantu pasukan Melaka untuk persiapan menghadapi karnival ini"Selain itu,kejayaan pelajar KAYM dalam membantu pasukan Melaka ini sedikit sebanyak dapat menaikkan mutu dan moral pasukan futsal KAYM".
En. Azmi Idris
Ketua Pegawai Operasi KYM STES

       Katanya, program ini sepatutnya diteruskan dalam mencungkil bakat baru dan pasukan ini perlu diketengahkan dalam menghadapi kejohanan yang lain.

Isnin, 26 Oktober 2015

Bercirikan Pendidikan Kemahiran dalam membina kerjaya

Melaka : Dalam usaha kerajaan untuk mencapai negara maju 2020 pendidikan kemahiran menjadi pemangkin utama dalam usaha tersebut.Usaha itu tetap menjadi agenda utama kerajaan selepas bajet yang dibentang YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri di bangunan parlimen baru-baru ini.
    Agenda itu tetap diteruskan dengan langkah pertama memperuntukan RM 585 juta untuk peralatan latihan TVET dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan pekerja.Ia mensasarkan 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan baharu adalah pekerja berkemahiran TVET menjelang 2020.
    Langkah kedua pula kerajaan memperuntukan RM350 juta untuk membiayai program dibawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran PTPK.
    Dalam usaha penuh kerajaan dalam memperkasakan pendidikan kemahiran, Pusat Latihan dan Vokasional,Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka turut serta dalam membantu dalam usaha mewujudkan kursus-kursus kemahiran.Ini dapat diterjemahkan di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka yang terdapat kursus-kursus seperti Pelukis Pelan Senibina ,Juruteknik Elektrik Pendawaian Fasa Tunggal (PW2), Penjaga Jentera (CHARGEMAN) ,Juruteknik Automotif.


Dalam memperluaskan bidang kemahiran ini Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka mewujudkan kursus terbaru Pastri dalam pembuatan kek.Ketua Pegawai Operasi PLTV En.Azmi bin Idris berkata, ini adalah satu usaha Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka dalam memberi pendidikan kemahiran kepada golongan belia dan pekerja.

Pelajar ICYM Johan KARNIVAL NASYID DAN KHATAM AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Melaka : Pada julai 2015 baru-baru ini pelajar daripada ICYM telah menyertai  KARNIVAL NASYID DAN KHATAM AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2015 dan telah memenangi Johan kategori Nasyid.





Segala penat lelah pelajar ICYM berlatih membuahkan hasil dengan diketuai guru pengiring En.Nabil Akhmal bin Ibrahim.Karnival ini berlangsung selama 3 hari di Hotel Dynasty,Kuala Lumpur