Halaman

Selasa, 13 Disember 2016

Muhammad Firdaus terima anugerah pelajar cemerlang ICYM

           
                                                                                                                                                                    Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (Sijil Kemahiran Malaysia) Muhammad Firdaus bin Abd Wahad bersama keluarga serta Encik Azmi bin Idris Ketua Pegawai Operasi KYM Stes (kanan) dan Puan Roslinda Shakh Abdullah Pengurus Pusat Bertauliah PLTV (kiri) pada Istiadat konvokesyen ICYM ke-14 di Dewan Seri Negeri,Kompleks Seri Negeri,Melaka.

MELAKA - Usaha gigih Muhammad Firdaus bin Abd Wahab dalam pembelajaran memberikan hasil setelah dianugerah Anugerah Pelajar Cemerlang (Sijil Kemahiran Malaysia) pada Istiadat konvokesyen ICYM ke-14 yang berlangsung di Kompleks Seri Negeri,Melaka.

Pelajar jurusan Automotif tahap 2 ini sentiasa komited untuk menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi dalam minat beliau dalam teknologi automotif.Anak ke tiga daripada lima adik beradik merupakan pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia dibawah program Buying Seats murid berkeperluan khas.

Lebih membanggakan lagi, anak kepada Abd Wahad Emran dan Anita Md Shah ini sentiasa aktif dalam bidang ko-kurikulum dan mewakili ICYM dalam beberapa pertandingan seperti nasyid, boling dan futsal.

Bersempena istiadat konvokesyen yang berlangsung, sejumlah 848 mahasiswa penerima sijil dan diploma yang disampaikan oleh Yb Dato' Razali bin Hj. Ibrahim Menteri di Jabatan Perdana Menteri.