Halaman

Selasa, 27 Oktober 2015

Pelajar KAYM membantu Melaka johan futsal Karnival Permainan Pendidikan Khas Kebangsaan

Melaka : Pelajar KAYM yang mewakili pasukan Melaka mencatat sejarah johan futsal peringkat kebangsaan sempena Karnival Pendidikan Khas yang berlangsung di Kuantan,Pahang baru-baru ini.
Empat pelajar yang terpilih untuk mewakili Melaka Mohd Aidzuan bin Roslan,Mohd Sabri bin Juhari,Zulhaizad bin Zainudin dan Fazi Izhlam itu masih menuntut di KAYM.Ini secara langsung membanggakan KAYM yang dapat membantu pasukan Melaka johan dalam kategori futsal.  

                                                Pasukan futsal Melaka

   Ketua Pegawai Operasi KYM STES En.Azmi Idris berkata,"Pihak beliau sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam membantu pasukan Melaka untuk persiapan menghadapi karnival ini"Selain itu,kejayaan pelajar KAYM dalam membantu pasukan Melaka ini sedikit sebanyak dapat menaikkan mutu dan moral pasukan futsal KAYM".
En. Azmi Idris
Ketua Pegawai Operasi KYM STES

       Katanya, program ini sepatutnya diteruskan dalam mencungkil bakat baru dan pasukan ini perlu diketengahkan dalam menghadapi kejohanan yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan