Halaman

Isnin, 26 Oktober 2015

Bercirikan Pendidikan Kemahiran dalam membina kerjaya

Melaka : Dalam usaha kerajaan untuk mencapai negara maju 2020 pendidikan kemahiran menjadi pemangkin utama dalam usaha tersebut.Usaha itu tetap menjadi agenda utama kerajaan selepas bajet yang dibentang YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri di bangunan parlimen baru-baru ini.
    Agenda itu tetap diteruskan dengan langkah pertama memperuntukan RM 585 juta untuk peralatan latihan TVET dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan pekerja.Ia mensasarkan 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan baharu adalah pekerja berkemahiran TVET menjelang 2020.
    Langkah kedua pula kerajaan memperuntukan RM350 juta untuk membiayai program dibawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran PTPK.
    Dalam usaha penuh kerajaan dalam memperkasakan pendidikan kemahiran, Pusat Latihan dan Vokasional,Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka turut serta dalam membantu dalam usaha mewujudkan kursus-kursus kemahiran.Ini dapat diterjemahkan di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka yang terdapat kursus-kursus seperti Pelukis Pelan Senibina ,Juruteknik Elektrik Pendawaian Fasa Tunggal (PW2), Penjaga Jentera (CHARGEMAN) ,Juruteknik Automotif.


Dalam memperluaskan bidang kemahiran ini Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka mewujudkan kursus terbaru Pastri dalam pembuatan kek.Ketua Pegawai Operasi PLTV En.Azmi bin Idris berkata, ini adalah satu usaha Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka dalam memberi pendidikan kemahiran kepada golongan belia dan pekerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan