Halaman

Selasa, 13 Disember 2016

Muhammad Firdaus terima anugerah pelajar cemerlang ICYM

           
                                                                                                                                                                    Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (Sijil Kemahiran Malaysia) Muhammad Firdaus bin Abd Wahad bersama keluarga serta Encik Azmi bin Idris Ketua Pegawai Operasi KYM Stes (kanan) dan Puan Roslinda Shakh Abdullah Pengurus Pusat Bertauliah PLTV (kiri) pada Istiadat konvokesyen ICYM ke-14 di Dewan Seri Negeri,Kompleks Seri Negeri,Melaka.

MELAKA - Usaha gigih Muhammad Firdaus bin Abd Wahab dalam pembelajaran memberikan hasil setelah dianugerah Anugerah Pelajar Cemerlang (Sijil Kemahiran Malaysia) pada Istiadat konvokesyen ICYM ke-14 yang berlangsung di Kompleks Seri Negeri,Melaka.

Pelajar jurusan Automotif tahap 2 ini sentiasa komited untuk menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi dalam minat beliau dalam teknologi automotif.Anak ke tiga daripada lima adik beradik merupakan pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia dibawah program Buying Seats murid berkeperluan khas.

Lebih membanggakan lagi, anak kepada Abd Wahad Emran dan Anita Md Shah ini sentiasa aktif dalam bidang ko-kurikulum dan mewakili ICYM dalam beberapa pertandingan seperti nasyid, boling dan futsal.

Bersempena istiadat konvokesyen yang berlangsung, sejumlah 848 mahasiswa penerima sijil dan diploma yang disampaikan oleh Yb Dato' Razali bin Hj. Ibrahim Menteri di Jabatan Perdana Menteri.




Isnin, 7 November 2016

KYM Stes Juara karnival sukan ICYM

Melaka : KYM Stes muncul juara keseluruhan karnival sukan ICYM yang berlangsung di Bukit Sebukor baru-baru ini.Karnival sukan ICYM yang dianjurkan oleh hal ehwal pelajar ICYM itu merupakan sebahagian daripada aktiviti kakitangan dan pelajar.

Dalam karnival sukan ICYM,KYM Stes telah memenangi sebahagian besar acara dengan memenangi 5 acara johan,4 acara naib johan,1 acara tempat ke-3.Gabungan pensyarah dan pelajar itu menunjukkan kerjasama yang jitu sehingga muncul juara keseluruhan.

Karnival ini turut dihadiri ketua pegawai operasi KYM Stes En Azmi bin Idris dan pegawai hal ehwal pelajar En Mohammad Nawawi bin Saad yang sama memeriahkan karnival ini.

Karnival ini juga menarik minat sebahagian besar pelajar dan pensyarah dalam mengeratkan silaturrahim antara semua warga ICYM.